Arkib untuk Kategori Uncategorized

Ku Li Tidak Akan Jadi Pengkhianat !

Posted in Uncategorized dengan label , , , , , , , on Oktober 7, 2008 by yiemega

Petikan:
http://www.suaragenerasimuda.com

Tengku Razaleigh HamzahImage via WikipediaPetikan daripada posting seorang forumer MYKMU.NET:

Ku Li syor BN bentuk kerajaan perpaduan libatkan Pakatan

PETALING JAYA: Selepas lebih enam bulan pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen kanan dari Gua Musang, mengesyorkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menerokai idea kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan untuk keluar daripada ketidaktentuan politik.

Ketua UMNO Gua Musang itu telah mengetengahkan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Menurut Tengku Razaleigh, usaha ke arah itu boleh mengguna pakai formula yang pernah diamalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 1974 apabila membentuk BN, menggantikan Perikatan.

Dalam pertemuan tersebut, kata bekas Naib Presiden UMNO itu yang dipetik The Star berkata, beliau telah menyentuh kemungkinan merangka satu asas minimum bagi membentuk barisan kebangsaan yang baru – sebuah kerajaan hasil kejujuran dan keikhlasan demi perpaduan negara.

Kata beliau, langkah membawa parti-parti utama bersama BN akan membolehkan negara berhadapan dengan ujian dan cabaran ekoran perkembangan baru landskap politik selain situasi ekonomi global.

Sebagaimana disaksikan pada pilihan raya umum 1969, BN mengalami kekalahan di lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kelmarin, Tengku Razaleigh yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden UMNO, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam “konteks kawan-kawan lama yang bertemu.”

Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh berkata, beliau telah menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.

“Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan,” katanya. Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang beliau telah menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang.

“Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi,” katanya.

Tengku Razaleigh menambah, beliau mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa.{http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22054#568670}

Nampaknya bahang Pemilihan Agung UMNO semakin panas apabila ditengah-tengah kehangatan isu berkenaan tambahan pula semua UMNO Bahagian akan mula bersidang Jumaat ini timbul pula isu begini sungguh menghairankan bukan? Adakah ini cubaan untuk mengagalkan percubaan Ku Li untuk bertanding di dalam jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang?

SMS pun tersebar meluas yang mengatakan Ku Li bakal ‘lompat’ ke Pakatan Rakyat. Seingat penulis sudah lebih dari tiga kali ‘khabar angin Ku Li akan ‘lompat’ parti disebarkan tetapi sampai sekarang beliau masih di dalam UMNO dan tidak menyertai Pakatan Rakyat.

Hebat sekali SMS layang yang masuk bertalu-talu ke telefon bimbit penulis. Pertandingan di dalam Pemilihan UMNO yang akan datang penulis boleh ramalkan sebagai pertandingan panas dan kontroversi.

STAIL POLITIK KU LI

Penulis cukup arif dengan stail dan corak politik yang digunakan Ku Li dan mengikut perkiraan penulis Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO seperti mana SMS yang tersebar secara meluas beberapa hari ini.

Pertamanya, Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO kerana beberapa ucapanya sebelum ini ternyata dia berani bercakap tentang Melayu (selalunya dianggap perkauman oleh bangsa lain) dan masih sayangkan UMNO.

Keduanya, kita singkap kembali sejarah silam politik Ku Li. Memang benar Ku Li memang pernah meninggalkan UMNO, tetapi tidak menyertai PAS tetapi menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) (maknanya Melayu tetap menjadi agenda perjuanganya).

Ketiganya, walaupun orang kuat PKR iaitu DS Anwar Ibrahim baik denganya, namun corak perjuangan PKR tidak sehaluan dengan agenda perjuanganya. Tidak mesti kalau kita AP Kerajaan tidak boleh berbaik dengan AP Pembangkang.

Keempatnya, hendakkah Anwar Ibrahim melepaskan jawatan yang dipegangnya kepada Ku Li sedangkan jawatan itu sudah lama diidamkanya semenjak dari dia mengalahkan Tun Ghafar Baba lagi dia bercita-cita nak jadi Perdana Menteri sama seperti Khairy Jamaluddin sekarang.

Kelimanya, hendakkah Ku Li membazirkan masanya untuk membantu orang lain menjadi Perdana Menteri sedangkan jawatan itu patut disandang oleh beliau tidak berapa lama dulu lebih-lebih lagi orang itu telah bergelar “pengkhianat bangsa“.

MANIPULASI MEDIA KENYATAAN KU LI

Pada pandangan penulis, kenyataan Ku Li itu hasil manipulasi Media Arus Perdana yang tidak mahu melihat kemaraan Ku Li dan kejayaan Ku Li menjadi Presiden UMNO yang baru untuk sekadar satu penggal.

Semua orang tahu pasal Hindu God yang suka spin macam-macam di dalam media mereka tambahan pula Hindu God ini adalah pembela sejati Presiden AAB. Kenyataan Ku Li tersebut hanya adalah sekadar cadangan salahkah memberi cadangan? Jangan diputarbelitkan cerita untuk keuntungan sesuatu pihak sahaja kelak ia akan memakan diri sendiri.

Cukuplah memutarbelitkan dan menambah kerumitan keadaan yang telah sedia rumit. Ku Li tidak akan tinggalkan UMNO dan tidak juga akan jadi ‘musuh dalam selimut’ ataupun jadi pengkhianat UMNO percayalah……..Ianya hanya cubaan untuk menjatuhkan Ku Li sahja.

Reblog this post [with Zemanta]

Ku Li: Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘Cacat’ (Kurang upaya), tawar diri untuk pimpin UMNO dan betulkan keadaan

Posted in Uncategorized dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , on Jun 16, 2008 by yiemega

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa Kepimpinan PMFlip-FlopDato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal ujudkan Malaysia yang ekonominya makmur, walaupun negara ini mempunyai sumber yang banyak dan potensi yang amat besar.

Beliau berucap dalam majlis anjuran Cawangan UMNO Gombak di K Klub, Paradise Century Club, Taman Melawati, Ulu Kelang pagi ini.

“Kita mempunyai kekayaan dan masa lepas kita berjaya bangunkan ekonomi dan kesanya, masyarakat membangun, terutama orang Melayu. Hari ini, walaupun harga kommoditi tinggi, tapi kesan kenaikan harga petrol melonjak inflasi dan sudah member kesan negatif kepada rakyat”, sambil merujuk kepada kuasa pembelian menjadi kecil.

Beliau merumuskan Kepimpinan ‘gagal’ kerana:

1.Keadaan politik yang tidak menentu

2. Kedudukan ekonomi dalaman menurun, inflasi naik, produktiviti kurang, gaya hidup menurun dan simpanan makin tiris

3. Selepas PRU 12, menyaksikan bahawa kedudukan Melayu yang selama ini diperjuangkan UMNO mula dicabar oleh Bukan Melayu dan orang Melayu ‘pertengahan’ dan berfahaman liberal

Beliau menyifatkan Kepimpinan yang ada sebagai ‘cacat’ (kurang upaya) dan mengesa ianya ditukarkan segera, demi kesejahteraan negara dan kepentingan orang Melayu. “UMNO itu masih relevan kerana berjaya memperjuang dan meningkatkan orang Melayu. Hanya Kepimpinan sahaja yang tidak relevan!”.

Beliau juga menjelaskan bahawa hak parti dan ahli untuk menentukan Kepimpinan dan bukan hak pemimpin untuk menentukan siapa yang layak memimpin, sambil member rujukan mengenai plan ‘Peralihan Kuasa’ yang diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kepada Timbalan Presiden UMNO DatoSeri Mohd. Najib Tun Razak beberapa hari lepas tanpa mengumumkan jadual sebenar.

Dengan itu, beliau menawarkan diri untuk memimpin parti dan berazam untuk membetulkan keadaan dan berikrar akan memberikan orang lain memimpin apabila tugasnya selesai, yang dijangkakan dalam tempoh jangkasamasa serdehana.

Beliau mengingatkan sekiranya keadaan tidak dibaiki segera, rakyat semakin resah dan gaya hidup yang semakin sempit, maka dikhuatitri akan berlaku keadaan tidak ketentuan yang akan meninggalkan kesan negatif kepada negara dan rakyat “Selagi tidak selesai, hak dan keperluan rakyat yang berbeza ini, nanti akan timbul isu perkauman dan mungkin akan menjadi situasi yang huru hara. Ini akan merugikan semua dan membawa kita kebelakang”.

dipetik dari:

http://bigdogdotcom.wordpress.com/

اهلي امنو ڤريڠكت مرحين دمينتا ممبري سوكوڠن كڤد يڠ برحرمت مليا تڠكو غزالياغ حمزه

Posted in Uncategorized dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , on April 28, 2008 by yiemega
اهلي امنو ڤريڠكت مرحين ميمڠ ممڤوڽاءي كواس تربسر د دالم امنو، كواس مريك مميليه سياڤا يڠ لايق اونتوق منراجوا جاوتن نومبور ساتو د دالم امنو ايايت ڤريسيدن مالهن ك سموا جاوتن-جاوتن يڠ اد د دالم امنو بوليه دتنتوكن اوليه اهلي امنو ڤريڠكت مرحين د سلوروه نڬارا.

چالون يڠ بنر-بنر لايق اونتوق منجادي ڤريسيدن امنو دان ممبريكن راوتن ايستيميوا كڤد امنو باڬي مموليهكن سوكوڠن رعيت ترهادڤ امنو اياله يبم تڠكو غزالياغ حمزه، بلياو له چالون يڠ ڤاليڠ سسواي اونتوق مڠمباليقن كڤرچايأن رعيت مرحين كڤد امنو دان جوڬ مموليهكن هوبوڠن امنو دڠن ايستان ستله هوبوڠن دڠن ايستان تله دينوداي اوليه ڤريسيدن امنو سكارڠ اين ايايت داتوق سري عبدالله احمد بادوي.

ڤرانن اهلي ڤريڠكت مرحين

سباڬاي اهلي امنو ڤريڠكت مرحين جاڠنله ترڤڠاروه دڠن تاورن سسياڤا يڠ منجنجيكن واڠ سكيراڽ اندا مڽوكوڠ مريك كران واڠ ريڠڬيت، هرتا بندا هاڽله اونتوق كڬونأن دنياوي تيدق داڤت كيت ممباواڽ برسام ك دالم عالم برزكه كران اڤ يڠ كيت باوا ك سان اداله عمالن بوكڽ هرتا برجوت-جوت، كاون سقدر اونتوق برفويا-فويا. جاڠنله منريما واڠ يڠ حرام كران سسوڠڬوهڽ عذاب نراك امتله ڤديه. ڤرچايله الله سبحان وتعالى توهن سترو سكالين عالم اداله مها بسر دان مها مڠتواي جادي سكيراڽ اندا فيكير كامي سباڬاي انسان بياسا يڠ سقدر ڤاچر يڠ هينا اين تيدق مڠتاهوي ڤربواتن اندا كتاهويله يڠ الله توهن سترو سكالين عالم اكن مڠتاهويڽ.

ايڠتله كيت سباڬاي اومت اسلام والاوڤون كيت ملاكوكن كبوروككن والاوڤون سبسر ذره اي تتڤ اكن د عاديلي دان والاوڤون كيت ملاكوكن كبايقكن سبسر ذره تنتوڽ الله اكن ممبري بالسن يڠ باءيق كڤد اندا سموا كران ڤاتوه دڠن “عمل معروف دان نهي موڠكر”

جادي اونتوق ممستيكن امنو تروس دتريما راماي ماريله كيت سباڬاي اهلي ڤريڠكت مرحين ممبري سوكوڠن يڠ تيدق بربله بهاڬي كڤد يڠ برحرمت مليا تڠكو غزالياغ حمزه سأورڠ ڤوترا راج برجيوا رعيت اونتوق برخدمت كڤد كيت دان جوڬ رعيت جلتا يڠ مڠهارڤكن سسواتو يڠ لبيه باءيق درڤد امنو، جك اندا سموا سايڠكن امنو ڤيليهله تڠكو غزالياغ كران بلياو له توكوه يڠ بنر-بنر لايق اونتوق منراجوا امنو ڤد كتيك اين.

Ku Li: Tun Mahathir dan saya Kawan Baik tapi Beza Pendapat

Posted in Uncategorized dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , on April 25, 2008 by yiemega

Mantan Menteri Kewangan yang juga Mantan Naib Presiden UMNO iaitu YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata bahawa Tun Dr. Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri di samping, mantan Presiden UMNO dengan beliau adalah kawan baik cuma berbeza pendapat. Beliau bercakap demikian di Majlis Maulidur Rasul bersama beliau yang diadakan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan yang juga dihadiri oleh kira-kira 2000 orang yang majoritinya terdiri daripada ahli-ahli UMNO peringkat Marhaen.

Di dalam majlis ini beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan hadirin dan juga peserta-peserta yang mewakili cawangan-cawangan UMNO seluruh Kelantan. Antara soalan yang menjadi soalan utama ialah kerjasama dan gandingan beliau untuk melakukan “Peralihan Kuasa dan Kempimpinan”. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1962 itu, “erjasama itu buat masa ini tidak perlu untuk menurunkan Presiden UMNO, saya bergerak untuk bertanding Presiden UMNO dan Tun Mahathir terus dengan teguranya”

“Matlamat saya adalah untuk berkhidmat kepada Agama, rakyat, Bangsa dan Negara, saya sudah lama berpolitik dan sudah tiada apa yang saya inginkan melainkan berkhidmat, saya bukanya ingin menambah bintang, sebab saya dah banyak bintang, saya dah tak nak wang ringgit atau harta sebab saya pun anak tak ada”. Itulah yang diperakukan oleh seorang Ahli Politik yang bertaraf negarawan dan juga antara legasi Tun Abdul Razak yang masih ada.

Tengku juga mengigatkan cabaran paling utama ialah kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan dan ianya berkadar langsung dengan isu globalisasi. “Apakah pemimpin yang ada mampu dan sudah bersedia? Umum mengetahui Globalisasi adalah mencabar!”

Beliau turut mempersoalkan mengapa BPR yang akan dirombak semula fungsinya dan pengwujudan suruhanjaya BPR perlu bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri dan bukan Parlimen.

DS Najib Tun Razak Tolong Selamatkan UNITAR!

Posted in Uncategorized dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , on April 20, 2008 by yiemega

Penulis sebelum ini pernah mengutarakan masalah ini di dalam blog milik penulis malah lebih dulu daripada Siasah Online menyiarkanya. Isu berkenaan siswa Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) ini bukan perkara main-main. Perkara ini melibatkan siswa dan secara tidak langsung melibatkan rakyat. Penulis bukanlah berniat untuk menangguk di air yang keruh tetapi niat penulis adalah baik untuk membela nasib rakyat dan juga bangsa kita yang menjadi anak didik UNITAR. Perlu diingatkan penulis mengkritik bukan kerana menentang tetapi mengkritik kerana sayang.

UNITAR yang terkenal dengan jolokkan ‘universiti virtual pertama’ di Malaysia yang dahulunya dikenali dan disegani. Dahulunya UNITAR ini diuruskan oleh KUB Malaysia Berhad tetapi kini sudah di bawah ‘jagaan’ Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Yayasan PINTAR) sebuah badan yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis sendiri pernah ‘merasa’ bagaimana corak pengurusan yang dikendalikan oleh kedua-dua badan ini.

Ternyata perbezaanya amat nyata, zaman UNITAR diletakkan di bawah pengurusan KUB Malaysia Berhad siswa UNITAR tidak mengalami sebarang tekanan dalam pengajian mereka memandangkan pihak pengurusan tidak ‘terlalu memaksa’ untuk siswa melangsaikan hutang-hutangnya dengan pihak UNITAR, semasa itu UNITAR di bawaha ‘jagaan’ KUB yang dipengerusikan oleh Dato Hassan Harun. Namun, selepas Dato Hassan Harun meninggalkan KUB, siswa UNITAR mula mengalami tekanan demi tekanan sehinggakan mereka tidak mampu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran mereka.

Beberapa bulan kemudian, dikhabarkan pula Yayasan PINTAR akan mengambil alih UNITAR daripada KUB, berita ini pada mulanya memberi ‘secangkir kegembiraan‘ kepada siswa UNITAR. Namun kegembiraan mereka hanya seketika seperti kata pepatah “Keluar daripada Mulut Singa Masuk Ke Dalam Mulut Buaya”. pentadbiran UNITAR dibawah pengurusan Yayasan PINTAR juga memberi masalah kepada siswa berkenaan dengan yuran pengajian malah lebih teruk daripada dulu, bayaran yuran pengajian di UNITAR langsung tidak boleh dibawa berbincang! malah tekanan demi tekanan yang dikenakan oleh pengurusan UNITAR semakin hebat.

Memang benar UNITAR adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta, tetapi bukan semua yang melanjutkan pelajaran di sini ialah datangnya daripada keluarga kaya raya yang mempunyai harta bertimbun-timbun yang hidup berfoya-foya tetapi boleh dikatakan majoriti siswa yang melanjutkan pelajaran di UNITAR adalah datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak berduyun-duyun, hutang berjela-jela. Kalau dikira dari segi statistik hampir 60% adalah siswa yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah, 20% adalah siswa yang datangnya daripada keluarga sederhana dan 20% siswa yang berasal daripada keluarga kaya yang mempunyai harta bertimbun-timbun dan sekadar hidup berfoya-foya.

Penulis ingin menggesa DS Najib Tun Razak supaya menyelesaikan permasalahan ini, merekalah siswa merekalah rakyat, ibu dan bapa mereka juga adalah rakyat. Masalah lain yang menghatui mereka ialah Kadar Pinjaman PTPTN yang diberikan kepada mereka adalah lebih rendah berbanding yuran pengajian mereka atau dengan kata lain tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian mereka inikan pula nak menampung perbelanjaan harian makan mereka. Mereka berhak mendapat lebih di kala siswa UNISEL yang berada di Selangor yang diterajui pembangkang mendapat pinjaman terlampau lebih daripada yuran pengajian yang ditaja oleh badan yang bernama PTPTN juga.

Yuran pengajian yang dikenakan juga membebankan memandangkan UNITAR sekarang diterajui oleh sebuah Yayasan sepatutnya yuranya lebih rendah daripada IPTS lain. Bayangkan yuran pengajianya RM5ooo – RM6000 untuk satu semester panjang dan RM2000 – RM3500 untuk satu semester pendek. Satu tahun UNITAR mempunyai dua semester panjang dan satu semester pendek. Memang amat membebankan siswa. Teringat kisah seorang sahabat penulis di masa sama-sama menuntut di UNITAR dulu, beliau menangis tak henti-henti kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh pihak UNITAR terhadapnya dan “Kata Nak Tolong Orang, tetapi ini nak menzalimi orang namanya’ katanya sambil menitiskan air mata.

Cadangan penulis kepada DS Najib Tun Razak ialah supaya mengemaskinikan semula kadar yuran pengajian di UNITAR yang agak tinggi sekarang ini. Di samping itu, sistem belajar dulu bayar kemudian juga harus diperkenalkan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung siswa UNITAR. Sebagai pengetahuan sistem belajar dahulu bayar kemudian ini telah dipratikkan oleh Kolej Teknologi Bestari, Putera Jaya, Setiu Terengganu dan tiada sebarang masalah.

Di samping itu, pihak pengurusan perlu menambahkan pensyarah atau tutor yang baru terutamanya di UNITAR kampus Kota Bharu kerana ia mengalami kekurangan pensyarah yang memaksa pihak pengurusan mengupah pensyarah luar yang sukar ditemui oleh siswa sekiranya mereka mempunyai masalah.

Pemulihan Universiti yang menjadi kebangaan UMNO ini wajar diberi keutamaan bagi memulihkan kembali sokongan rakyat kepada UMNO. Sebelum penulis mengakhiri artikel ini sekali lagi penulis ingin katakan bahawa tujuan penulis mengetengahkan isu ini bukan untuk menjatuhkan siapa-siapa, bukan mendapat upah daripada siapa-siapa, tetapi sudah menjadi hak penulis untuk menerangkan yang Haq (Kebenaran) di samping menyanggah kebatilan. Ingatlah Demi Islam untuk Melayu Kerana Mu Malaysia tanah air tercintaku.

Mengkritik bukan bermakna Menentang
Menyanggah bukan bermakna Membakang
Mengkritik bermakna Sayang
Menyanggah bermakna memberi Peluang

Siapa yang layak Terajui Pemuda UMNO?

Posted in Uncategorized dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , on April 10, 2008 by yiemega

Artikel yang terdahulu penulis ada mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin tidak layak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Pada penulisan kali ini penulis ingin mengemukakan cadangan calon yang layak untuk menduduki jawatan tertinggi Pergerakkan Pemuda UMNO itu. Penulis merasakan tak perlu lah mengulas dengan panjang lebar lagi berhubung kenapa Khairy Jamaluddin tidak layak menjadi Ketua Pemuda UMNO kerana penulis telah jelaskanya dengan panjang lebar pada artikel sebelum ini.

Pada pandangan penulis, calon-calon yang layak untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ialah pertama sekali Ustaz Pirdaus Ismail yang juga merupakan bekas Imam besar Masjid Negara, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor dan sudah tentunya anak kepada mantan Perdana Menteri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Bagi mengulas mengapa mereka bertiga adalah calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikosongkan oleh DS Hishamuddin itu, penulis akan menghuraikan satu persatu dan memberi ulasan yang sewajarnya di bawah ini:

Ustaz Pirdaus Ismail

Kepakaran beliau di bidang Agama Islam adalah amat diperlukan, walaupun beliau tidak berjaya dalam misi menawan kerusi Permatang Pauh baru-baru ini, tetapi sebagai seorang ketua ia hendaklah mempunyai sifat ta’waduk, rendah diri dan juga mempunyai didikan dan pengetahuan agama yang tinggi. Beliau yang juga merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara, adalah calon terbaik untuk menjalankan misi penerapan nilai-nilai Islam kepada golongan muda di Pergerakkan Pemuda UMNO.

DS Khir Toyo

DS Khir Toyo juga dilihat sebagai calon alternatif dan terbaik bagi menjawat jawatan no 1 Pergerakkan Pemuda UMNO itu. Kenapa penulis berpendapat begitu? Jawapanya mudah sekarang ini DS Khir Toyo yang juga bekas Menteri Besar Selangor ini telah menjadi blogger sekaligus mendekatkan diri beliau dengan rakyat, jadi jika dia diberi peluang untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO amat mudah bagi beliau untuk menyampaikan mesej dan rungutan rakyat yang dibuat oleh rakyat di blog milik beliau. Blog merupakan satu cabang komunikasi baru yang menjadi kegilaan atau trend bagi masyarakat Malaysia di alaf baru selain sebagai media alternatif untuk bersuara. Jadi penulis merasakan pemilihan DS Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda UMNO adalah pilihan yang paling tepat untuk mendekatkan UMNO kepada rakyat.

Mukhriz Tun Dr. Mahathir

Penulis merasakan beliau juga merupakan calon yang sesuai dan boleh juga dijadikan pilihan untuk menyandang jawatan No 1 di dalam Pergerakkan Pemuda UMNO itu bukan kerana beliau merupakan anak mantan PM tetapi penulis melihat keberanian beliau bersuara pada Forum UMNO Pasca Pilihanraya baru-baru juga boleh membantu meningkatkan kepercayaan rakyat kepada UMNO, contohnya untuk memberitahu pucuk pimpinan UMNO mengenai sesuatu ketidakpuasan rakyat terhadap Kerajaan untuKerajaan mengambil langkah untuk menanganinya.

Sebagai Kesimpulan, Jika salah satu daripada nama di atas menjadi pilihan ahli-ahli UMNO dan Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia, penulis yakin imej UMNO akan dapat dijenamakan semula.