Menanti “Kejutan” Lepas Raya!
http://www.suaragenerasimuda.com
Setelah beberapa hari penulis tidak menulis sebarang artikel di blog ini, hari ini penulis berkesempatan sedikit untuk membicarakan isu-isu semasa di negara kita. Tajuk artikel penulis pada kali ini berbunyi ” Menanti Kejutan Lepas Raya!”.
Artikel penulis kali ini berkisarkan perkara-perkara yang mungkin terjadi selepas raya nanti terutamanya di dalam arena politik tanah air. Beberapa Forumer MYKMU.NET mengatakan ‘ada kejutan selepas raya nanti tetapi tidak dipastikan kejutan yang bagaimana.
Namun penulis mengandaikan ‘kejutan’ tersebut mungkin melibatkan kedudukan Presiden AAB sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Boleh jadi juga ia berkisarkan penolakkan kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO berhubung Pemilihan Agung UMNO yang ditunda sehingga Mac 2009 kelak. Ada juga kemungkinan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menunggu waktu “Peralihan Kuasa“ yang dijanjikan oleh Presiden Flip-Flop AAB.
Tidak lupa juga mungkin ‘kejutan’ tersebut adalah kemungkinan orang yang sudah lama berkempen untuk jawatan Presiden UMNO sejak dari mula akan berjaya mencapai matlamatnya dan sekaligus menjadi Presiden UMNO yang baru dan juga bakal mengenepikan orang yang selalu dikaitkan dengan “Peralihan Kuasa” iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun individu yang ingin bertanding jawatan Presiden UMNO tersebut adalah seorang yang boleh dikatakan ‘lone ranger‘ namun kita boleh memandang lekeh padanya kerana beliau begitu berpengalaman bukan sahaja di dalam bidang politik tetapi juga ekonomi. Individu yang dimaksudkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali sebagai Ku Li dikalangan rakyat jelata dan juga merupakan Kerabat Diraja Kelantan.
Satu lagi ‘kejutan’ yang berkemungkinan akan berlaku ataupun tidak berlaku langsung ialah penubuhan Kerajaan Katak apabila usul tidak percaya kepada Perdana Menteri diusulkan di Parlimen oleh Ketua Pembangkang yang baru iaitu Anwar Ibrahim. Selepas kegagalan 16 September beliau terus mencanangkan tunggu sehingga Parlimen bersidang, jadi lepas raya ini kebetulan pula Parlimen mula bersidang kembali. Apakah kesudahan dan apakah kejutanya sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.
Catatan ini telah dibuat pada Oktober 4, 2008 pada 5:13 pm di bawah Isu Semasa dengan label 16 september 2008, 17 ahli parlimen, 30 ahi parlimen, 30 ahli parlimen, abdul hadi awang, Abdullah Ahmad Badawi, Add new tag, ahli parlimen, ahmad shabery cheek, altantuya, Anda Bohol, anwar ibrahim, api dalam sekam, azmin ali, babi, Bantahan Penangguhan Pemilihan Agung UMNO, barisan nasional, berita harian, blogger, bn, carlsberg, daim zainuddin, dap, datuk seri abdullah haji ahmad badawi, datuk seri najib tun razak, debat anwar vs shabery, Debat Ku Li Vs Pak Lah, defec, dymm tuanku mizan sultan zainal abidin, egm gua musang, egm umno, fadzil noor, fasal 152, fasal 153 perlembagaan malaysia, felda, gerakan, Government, haji abdul hadi awang, hak istimewa melayu, harakah, harga minyak, harian metro, hmad said, hotel perdana, hussam musa, ibrahim ali, idris jusoh, Internal, islam, islam hadhari, kamaruddin, karpal singh, keadilan, keadilan rakyat, khairy jamaluddin, kosmo, ku li, Kung Fu, lim guan eng, lim kit siang, lingam, Malay titles, malaysia, malaysia today, Martial Arts, mat sabu, mca, media alternatif, media arus perdana, melayu, menantu, mertua, mso melayu, muhyidin yassin, najib tun razak, negara islam, nik aziz, nurin jazlin, nurul izzah, pak lah, pas, pemilihan agung umno 2008, pencalonan ku li, perhimpunan agung umno, permatang pauh, pilihan raya kecil, pkr, pm, presiden pas, presiden pkr, presiden umno, presiden umno 2008, rabu, raja petra, razak baginda, roket, sabah, sammy vellu, Schools and Instruction, seks, sharlinie, siasah, sinar harian, Sports, suara rakyat, Tai Chi, tengku razaleigh, tengku razaleigh hamzah, the star, titah sultan perak, tun abdul razak, tun dr mahathir, tun ghafar baba, tunku abdul rahman, umno, umno kedah, umno kelantan, umno malaysia, umno melaka, umno negeri sembilan, umno pahang, umno perlis, umno pulau pinang, umno sabah, umno sarawak, umno terengganu, unitar, United Malay National Organisation, United Malays National Organisation, utusan, Yang. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed Anda boleh catatkan maklumbalas, atau trackback daripada laman anda.
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=b0066dd3-ea0f-47e7-87ef-0e62b27e93bc)