Beri Peluang Pada Tengku Razaleigh Membuat Reformasi Ekonomi Negara

Kenaikkan harga minyak yang paling tinggi di dalam sejarah telah dicatatkan di dalam sejarah Malaysia beberapa hari lalu yang juga merupakan yang tertinggi di dalam lima era Perdana Menteri. Jelas sekali Perdana Menteri sekarang ini tidak berupaya untuk membuat perancangan ekonomi agar kenaikkan harga minyak dunia tidak membebankan rakyat Malaysia yang juga merupakan negara pengeluar minyak.

Kesilapan besar Perdana Menteri sekarang ini ialah tindakan beliau yang mengapungkan matawang Malaysia iaitu Ringgit Malaysia yang sebelum ini ditambat pada kadar RM3.80 telah dibebaskan dan mungkin akan ada spekulator asing akan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan nilai Ringgit dalam masa yang sama akan menjatuhkan ekonomi Malaysia.

Pada pandangan penulis formula ekonomi yang digunakan oleh Perdana Menteri sekarang ini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berhasil dan telah mengakibatkan rakyat terbeban dengan suasana ini. Jadi Reformasi Ekonomi hendaklah dibuat agar rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikkan harga minyak dunia ini dan mengoleh mengakibatkan bukan sahaja rakyat ‘naik minyak’ tetapi juga ada yang sanggup membakar diri kerana tidak tertahan dengan kos sara hidup yang mencanak naik pada masa ini.

Reformasi Ekonomi boleh dilakukan oleh orang yang betul-betul pakar dengan Ekonomi yang sudah ada di dalam UMNO itu sendiri. Setakat ini, orang yang benar-benar boleh membuat reformasi ekonomi dan pernah di uji keupayaan pengurusan ekonominya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Datuk Mustapha Mohammad.

Namun pilihan yang lebih bijak tentulah Tengku Razaleigh Hamzah memandangkan beliau pernah memegang jawatan Menteri Kewangan sebelum ini. Malah dia bebas dari pengaruh keluarga dan kroni memandangkan beliau tiada anak dan di dalam masa yang sama beliau tiada menantu.

Ketokohan dan Ketegasan Tengku Razaleigh sememangnya diperlukan untuk menstabilkan ekonomi negara yang terjejas terus selepas mengguna pakai Formula Ekonomi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada masa ini. Jadi berilah peluang kepada Tengku Razaleigh untuk berkhidmat kerana kata orang “belum cuba, belum tau”.

3 Respons kepada “Beri Peluang Pada Tengku Razaleigh Membuat Reformasi Ekonomi Negara”

  1. metalasia Berkata:

    adakah laman web penyokong ku li dan my kuli pemilik nya sama? saya cadang di satu kan. blog penyokong kuli blogspot pula saya lihat banyak sangat iklan.

  2. terima kasih metalasia my kuli dan penyokong kuli adalah bukan pemilik yang sama harap maklum.

  3. cikgu mza Berkata:

    Saya berharap agar my kuli dan penyokong ku li dapat menyiarkan lebih banyak lagi perkembangan tentang ku li . Hidup Ku Li

Tinggalkan jawapan