Kerana Pak Lah Rakyat Terpaksa Berkorban

Kerana Perdana Menteri Malaysia “Saya Masih di sini“, “Saya Perdana Menteri“, “Kerajaan Saya Kerajaan Kuat cuma Kurang 8 Kerusi sahaja 2/3” tidak lain tidak bukan itulah insan bernama Abdullah Haji Ahmad Badawi rakyat terpaksa berkorban lagi.

Mulai esok rakyat Malaysia terpaksa berkorban wang ringgit apabila kenaikkan harga minyak paling tinggi dalam sejarah lima Perdana Menteri yang memimpin Malaysia secara tidak langsung kenaikkan ini adalah kenaikan Terlampau, di mana sebelum ini Kenaikkan Harga Minyak merupakan kenaikkan Terlampau jadi satu lagi rekod baru yang dicipta oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri dan menjadikan beliau adalah satu-satunya Perdana Menteri Terlampau.

Apa yang menarik spekulasi minyak naik pada bulan Ini menjadi kenyataan bak kata orang “impian sudah menjadi realiti” itulah realitinya minyak tetap naik pada bulan ini, namun ada untungnya juga minyak naik pada waktu ini berbanding naik pada Bulan Ogos memandangkan beberapa hari lagi akan ada Mesyuarat Cawangan UMNO yang akan memulakan Persidangan, penulis mintalah di dalam keadaan kenaikkan minyak yang terlampau di bawah pentadbiran Perdana Menteri Terlampau ini supaya ahli-ahli UMNO mencalonkan Pengganti Perdana Menteri yang terlampau ini.

Sebenarnya penulis begitu yakin akan ada kenaikkan minyak di dalam masa terdekat ini kerana Kerajaan Malaysia sudah kehilangan 3 negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang menyumbang 75% Keluaran Dalam Negara Kasar ke tangan pembangkang ini menjadikan pendapatan negara terhad sepertiman yang telah diramalkan oleh calon Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah beberapa hari lalu walaupun Ku Li tidak meramalkan kenaikkan harga minyak tetapi simboliknya kekurangan sumber ekonomi negara telah memaksa kerajaan di bawah pentadbiran Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menaikkan harga minyak. Jelas ramalan ekonomi Ku Li tepat sekali apabila berlaku kenaikkan ini.

Sebenarnya sudah banyak kali berkorban untuk Pak Lah, tetapi Pak Lah tidak pernah sekalipun berkorban untuk rakyat. Cuba kita lihat walaupun kenaikkan harga minyak beberapa tahun sebelum pilihan raya boleh disifatkan terlampau namun rakyat masih memberi kepercayaan kepada Pak Lah untuk menjadi Perdana Menteri Majoriti Mudah walaupun rakyat sudah mula tidak percaya pada Pak Lah termasuklah akar umbi UMNO sendiri, di dalam keadaan ini sekiranya ahli UMNO masih lagi mengekalkan Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden tak tahulah apa nak kata mungkin Pak Lah ni ada pakai ilmu kebal kot, sekiranya Pak Lah terus diberi kepercayaan mungkin ada rekod terlampau baru beliau akan terus dicipta. Jadi Pilihlah Ku Li sebagai Presiden UMNO yang baru.

2 Respons kepada “Kerana Pak Lah Rakyat Terpaksa Berkorban”

  1. Bagi sesiapa yang sokong sangat Pak Lah, sekarang tepuk dada tanya selera. :) Tu laa, sokong dia lagi. Ada juga kawan2 yg sanggup gaduh semata-mata saya tak sokong dia. Dah nama demokrasi, suka hati org la!
    Bagi yang memang nak tengok Pak Lah blah, terpaksa la tunggu. Nak buat macam mana lagi? Orang kalau dah ada pangkat & kuasa, dia peduli apa rakyat dok merintih. Yang penting dia anak bini senang.
    Hadhari konon! Islam tu hanya satu: Islam yang dibawa Rasulullah SAW itu satu-satunya. Tak payah nak confuse kan org dgn hadhari!
    Sampaikan satu tahap ada seorg hamba tu risau sgt2 & sedih sbb katanya, dia takut mak bapak dia tak masuk syurga sbb dia org mati sebelum ada Islam hadhari. Astagfirullahala’zim!!!

  2. salam,,, aku tak paham, knp ada org sanggup berjuang (si dia) sampai mana pun tak tau apa matlamat dia,
    *bila ada org tegur, dgn gah lg bergaya org2 si dia yg tolong cabar siapa yg berani menegur, si dia pun rasa bila org sokong (ampu), makin merasa gah n besar diri ..
    * si dia kata ada kerja belum selesai,, mcm mana kerja nak selesai klu tak tahu buat kerja, bila org tunjukkan dia kata org tu paling tadah
    *klu manusia yg lupa diri, guna agama untuk kepentingan diri.. semoga tuhan ampun kan dosa kita semua…
    * tolong lah dgr rintihan rakyat.. jgn fikir nak bela rakyat sedangkan bila rakyat bersuara kata rakyat tak sedar di untung,,, sedar lah wahai si dia…

Tinggalkan jawapan