Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid meramalkan Umno akan mengalami “kepupusan” pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu.
Sanusi, yang keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden Umno itu meninggalkan parti.
“Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus.
“Kalau macam sekarang, habis pilihanraya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.
“Jika ia berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus,” katanya, seperti laporan Harakahdaily.net hari ini.
Mengulas sebab beliau mengisyhtiharkan keluar parti, Sanusi berkata, tiada faedahnya terus kekal dalam Umno jika tidak menampakkan sebarang perubahan memulihkan kemerosotan Umno sejak pilihanraya umum lalu.
“Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno,” Sanusi dipetik sebagai berkata.
Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tugas perdana menteri berbanding Abdullah kerana ahli parlimen Gua Musang masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.
dipetik dari:
http://www.malaysiakini.com
Catatan ini telah dibuat pada Mei 26, 2008 pada 8:27 am di bawah Isu Semasa dengan label pas, umno, umno kelantan, umno terengganu, umno pahang, umno perlis, umno kedah, umno pulau pinang, umno melaka, umno sabah, umno sarawak, umno negeri sembilan, khairy jamaluddin, datuk seri abdullah haji ahmad badawi, anwar ibrahim, nik aziz, presiden umno, presiden pas, presiden pkr, lim kit siang, umno malaysia, malaysia today, pak lah, sabah, tengku razaleigh hamzah, ku li, ybm, tun dr mahathir, pm, tun ghafar baba, tunku abdul rahman, tun abdul razak, najib tun razak, altantuya, razak baginda, felda, dap, pkr, karpal singh, lim guan eng, haji abdul hadi awang, fadzil noor, mso melayu, raja petra, azmin ali, nurul izzah, daim zainuddin, ahmad shabery cheek, menantu, mertua, kamaruddin, mat sabu, idris jusoh, utusan malaysia, media alternatif, media arus perdana, berita harian, the star, harian metro, kosmo, sinar harian, siasah, harakah, roket, keadilan, egm gua musang, egm umno, perhimpunan agung umno, veteran umno, islam hadhari, api dalam sekam, blogger, datuk seri najib tun razak, hussam musa, unitar, melayu, islam, sammy vellu, negara islam, hmad said, ahli parlimen, 30 ahi parlimen, keadilan rakyat, abdul hadi awang, dymm tuanku mizan sultan zainal abidin, babi, carlsberg, seks, video lucah, suara rakyat, sharlinie, nurin jazlin, 30 ahli parlimen, hotel perdana, titah sultan perak, 17 ahli parlimen, rabu, lingam. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed
Anda boleh catatkan maklumbalas, atau trackback daripada laman anda.