Ku Li Tidak Akan Jadi Pengkhianat !

Dikirim dalam Uncategorized dengan label , , , , , , , pada Oktober 7, 2008 oleh yiemega

Petikan:
http://www.suaragenerasimuda.com

Tengku Razaleigh HamzahImage via WikipediaPetikan daripada posting seorang forumer MYKMU.NET:

Ku Li syor BN bentuk kerajaan perpaduan libatkan Pakatan

PETALING JAYA: Selepas lebih enam bulan pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen kanan dari Gua Musang, mengesyorkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menerokai idea kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan untuk keluar daripada ketidaktentuan politik.

Ketua UMNO Gua Musang itu telah mengetengahkan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Menurut Tengku Razaleigh, usaha ke arah itu boleh mengguna pakai formula yang pernah diamalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 1974 apabila membentuk BN, menggantikan Perikatan.

Dalam pertemuan tersebut, kata bekas Naib Presiden UMNO itu yang dipetik The Star berkata, beliau telah menyentuh kemungkinan merangka satu asas minimum bagi membentuk barisan kebangsaan yang baru – sebuah kerajaan hasil kejujuran dan keikhlasan demi perpaduan negara.

Kata beliau, langkah membawa parti-parti utama bersama BN akan membolehkan negara berhadapan dengan ujian dan cabaran ekoran perkembangan baru landskap politik selain situasi ekonomi global.

Sebagaimana disaksikan pada pilihan raya umum 1969, BN mengalami kekalahan di lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kelmarin, Tengku Razaleigh yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden UMNO, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam “konteks kawan-kawan lama yang bertemu.”

Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh berkata, beliau telah menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.

“Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan,” katanya. Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang beliau telah menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang.

“Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi,” katanya.

Tengku Razaleigh menambah, beliau mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa.{http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22054#568670}

Nampaknya bahang Pemilihan Agung UMNO semakin panas apabila ditengah-tengah kehangatan isu berkenaan tambahan pula semua UMNO Bahagian akan mula bersidang Jumaat ini timbul pula isu begini sungguh menghairankan bukan? Adakah ini cubaan untuk mengagalkan percubaan Ku Li untuk bertanding di dalam jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang?

SMS pun tersebar meluas yang mengatakan Ku Li bakal ‘lompat’ ke Pakatan Rakyat. Seingat penulis sudah lebih dari tiga kali ‘khabar angin Ku Li akan ‘lompat’ parti disebarkan tetapi sampai sekarang beliau masih di dalam UMNO dan tidak menyertai Pakatan Rakyat.

Hebat sekali SMS layang yang masuk bertalu-talu ke telefon bimbit penulis. Pertandingan di dalam Pemilihan UMNO yang akan datang penulis boleh ramalkan sebagai pertandingan panas dan kontroversi.

STAIL POLITIK KU LI

Penulis cukup arif dengan stail dan corak politik yang digunakan Ku Li dan mengikut perkiraan penulis Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO seperti mana SMS yang tersebar secara meluas beberapa hari ini.

Pertamanya, Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO kerana beberapa ucapanya sebelum ini ternyata dia berani bercakap tentang Melayu (selalunya dianggap perkauman oleh bangsa lain) dan masih sayangkan UMNO.

Keduanya, kita singkap kembali sejarah silam politik Ku Li. Memang benar Ku Li memang pernah meninggalkan UMNO, tetapi tidak menyertai PAS tetapi menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) (maknanya Melayu tetap menjadi agenda perjuanganya).

Ketiganya, walaupun orang kuat PKR iaitu DS Anwar Ibrahim baik denganya, namun corak perjuangan PKR tidak sehaluan dengan agenda perjuanganya. Tidak mesti kalau kita AP Kerajaan tidak boleh berbaik dengan AP Pembangkang.

Keempatnya, hendakkah Anwar Ibrahim melepaskan jawatan yang dipegangnya kepada Ku Li sedangkan jawatan itu sudah lama diidamkanya semenjak dari dia mengalahkan Tun Ghafar Baba lagi dia bercita-cita nak jadi Perdana Menteri sama seperti Khairy Jamaluddin sekarang.

Kelimanya, hendakkah Ku Li membazirkan masanya untuk membantu orang lain menjadi Perdana Menteri sedangkan jawatan itu patut disandang oleh beliau tidak berapa lama dulu lebih-lebih lagi orang itu telah bergelar “pengkhianat bangsa“.

MANIPULASI MEDIA KENYATAAN KU LI

Pada pandangan penulis, kenyataan Ku Li itu hasil manipulasi Media Arus Perdana yang tidak mahu melihat kemaraan Ku Li dan kejayaan Ku Li menjadi Presiden UMNO yang baru untuk sekadar satu penggal.

Semua orang tahu pasal Hindu God yang suka spin macam-macam di dalam media mereka tambahan pula Hindu God ini adalah pembela sejati Presiden AAB. Kenyataan Ku Li tersebut hanya adalah sekadar cadangan salahkah memberi cadangan? Jangan diputarbelitkan cerita untuk keuntungan sesuatu pihak sahaja kelak ia akan memakan diri sendiri.

Cukuplah memutarbelitkan dan menambah kerumitan keadaan yang telah sedia rumit. Ku Li tidak akan tinggalkan UMNO dan tidak juga akan jadi ‘musuh dalam selimut’ ataupun jadi pengkhianat UMNO percayalah……..Ianya hanya cubaan untuk menjatuhkan Ku Li sahja.

Reblog this post [with Zemanta]

Menanti “Kejutan” Lepas Raya!

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada Oktober 4, 2008 oleh yiemega

http://www.suaragenerasimuda.com

Setelah beberapa hari penulis tidak menulis sebarang artikel di blog ini, hari ini penulis berkesempatan sedikit untuk membicarakan isu-isu semasa di negara kita. Tajuk artikel penulis pada kali ini berbunyi ” Menanti Kejutan Lepas Raya!”.

Artikel penulis kali ini berkisarkan perkara-perkara yang mungkin terjadi selepas raya nanti terutamanya di dalam arena politik tanah air. Beberapa Forumer MYKMU.NET mengatakan ‘ada kejutan selepas raya nanti tetapi tidak dipastikan kejutan yang bagaimana.

Namun penulis mengandaikan ‘kejutan’ tersebut mungkin melibatkan kedudukan Presiden AAB sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Boleh jadi juga ia berkisarkan penolakkan kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO berhubung Pemilihan Agung UMNO yang ditunda sehingga Mac 2009 kelak. Ada juga kemungkinan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menunggu waktu Peralihan Kuasa yang dijanjikan oleh Presiden Flip-Flop AAB.

Tidak lupa juga mungkin ‘kejutan’ tersebut adalah kemungkinan orang yang sudah lama berkempen untuk jawatan Presiden UMNO sejak dari mula akan berjaya mencapai matlamatnya dan sekaligus menjadi Presiden UMNO yang baru dan juga bakal mengenepikan orang yang selalu dikaitkan dengan “Peralihan Kuasa” iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun individu yang ingin bertanding jawatan Presiden UMNO tersebut adalah seorang yang boleh dikatakan ‘lone ranger‘ namun kita boleh memandang lekeh padanya kerana beliau begitu berpengalaman bukan sahaja di dalam bidang politik tetapi juga ekonomi. Individu yang dimaksudkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali sebagai Ku Li dikalangan rakyat jelata dan juga merupakan Kerabat Diraja Kelantan.

Satu lagi ‘kejutan’ yang berkemungkinan akan berlaku ataupun tidak berlaku langsung ialah penubuhan Kerajaan Katak apabila usul tidak percaya kepada Perdana Menteri diusulkan di Parlimen oleh Ketua Pembangkang yang baru iaitu Anwar Ibrahim. Selepas kegagalan 16 September beliau terus mencanangkan tunggu sehingga Parlimen bersidang, jadi lepas raya ini kebetulan pula Parlimen mula bersidang kembali. Apakah kesudahan dan apakah kejutanya sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.

Reblog this post [with Zemanta]

UMNO BAHAGIAN MESTI BERSUARA !

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada September 27, 2008 oleh yiemega

Petikan:
http://www.suaragenerasimuda.com

Semua UMNO Bahagian Mestilah Bersuara itulah diantara petikan kata-kata calon Presiden UMNO iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah selepas diminta memberi komen berhubung penangguhan Pemilihan Agung UMNO yang ditangguhkan sehingga Mac 2009 nanti. Beliau juga yang turut dikenali dengan nama Ku Li turut menggesa semua Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara menolak keputusan penangguhan yang diistiharkan oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

Selain Ku Li, anak kepada Mantan Presiden UMNO iaitu Datuk Mukhriz Mahathir juga mempersoalkan tindakan penangguhan itu. Pada pandangan penulis, pandangan yang diberikan oleh kedua-dua pemimpin ini sememangya ada asasnya. Lagipun berapa kali nak tangguh Pemilihan tersebut, kerja bertangguh tidak akan selesai dan matlamatnya tidak akan tercapai.

Sementara itu, penulis mendapat maklumat daripada beberapa forumer MYKMU yang mengatakan Datuk Seri Najib juga menentang penangguhan Pemilihan Agung UMNO tersebut. Namun, penulis tidak pasti kesahihan maklumat tersebut. Mengikut mereka lagi, Kenyataan-kenyataan Najib yang dikatakan ‘menyokong penangguhan‘ tersebut sebenarnya hasil ‘manipulasi media’ yang di dalangi beberapa individu tertentu untuk menyelamatkan kedudukan Presiden AAB buat masa ini.

Berbalik pula dengan komen Ku Li yang mencadangkan supaya semua UMNO Bahagian menolak ketetapan penagguhan Pemilihan Agung UMNO yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Tersebut. Secara dasarnya penulis amat bersetuju dengan cadangan Ku Li tersebut, kenapa kita perlu tunggu lama lagi, tambahan pula punca masalah adalah Presiden AAB sendiri. Jadi untuk selesaikan masalah kita kena selesaikan punca masalah bukan simptomnya.

Bahagian-Bahagian UMNO mesti berani bersuara, usah difikirkan hendak menjaga hati sesiapa dalam menyuarakan pandangan. Sebelum kita menjaga hati seseorang pastikan orang yang kita jaga hatinya menjaga hati kita dahulu dan jangan pula hujan kain pelikat membuat sesebuah bahagian UMNO berubah kain pelikat boleh dibeli, tapi kuasa tidak boleh dibeli.

Bantahan Penangguhan Pemilihan Agung UMNO

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada September 25, 2008 oleh yiemega

Official logo of United Malays National Organi...Image via WikipediaDiberitakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat lagi esok di dalam Persidangan Khas Majlis Tertinggi UMNO hanya beberapa hari selepas Mesyuarat MT diadakan baru-baru ini. Mengikut sumber-sumber yang diketahui penulis Mesyuarat tersebut dikatakan akan membincangkan untuk menangguhkan Pemilihan Agung UMNO yang dijadual berlangsung oktober ini sehinggalah Disember.

Penulis turut diberitahu bahawa mesyuarat MT UMNO Khas itu juga akan membincangkan mengenai isu “Peralihan Kuasa” yang dijadualkan akan dilakukan pada Jun 2010 dan mungkin akan diawalkan kepada Jun 2009. Namun, begitu maklumat ini masih dikira desas-desus tetapi sebagai langkah menyediakan payung sebelum hujan jadi penulis perlu mengulasnya dengan seberapa segera.

Penulis percaya ramai ahli UMNO akar umbi tidak begitu senang dengan cadangan menangguhkan Pemilihan Agung UMNO ini tambahan pula ia seperti menyekat kemaraan calon-calon yang akan bertanding di Pemilihan Agung UMNO yang bakal berlangsung.

Kenapa Presiden AAB mahu menagguhkan Pemilihan Agung UMNO?

Kelmarin, penulis ada mendengar kenyataan NGO yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Presiden AAB berkata yang “akar umbi masih mahukan Presiden AAB” tapi mengapa pula Presiden AAB takut hendak berhadapan dengan Pemilihan ini? Tiga patah perkataan keramat mungkin dapat menerangkan keadaan ini iaitu “Berani Kerana Benar” dan “Takut Kerana Salah“.

Tindakan Presiden AAB dilihat oleh penulis sebagai tindakan tergesa-gesa untuk menyelamatkan kedudukanya dan menambah peluang dia terus berkuasa untuk 9 Bulan lagi sekiranya “Peralihan Kuasa” yang begitu popular dan sering keluar dari mulut birat Presiden AAB.

Adakah Presiden AAB, dapat merasakan dia bakal tewas dalam Pemilihan Agung UMNO Disember nanti dan menyebabkan beliau terpaksa memanggil Mesyuarat MT UMNO Khas ini untuk menangguhkan Pemilihan tersebut. Adakah kenyataan seorang negarawan yang juga “Putera Raja” membuatkan Presiden AAB takut untuk menghadapinya?.

Sekiranya Presiden AAB takut untuk menghadapinya ternyata Presiden AAB seorang Presiden UMNO yang dayus, bacul dan pengecut. Sepertimana yang kita tahu, Putera Raja ini pernah bertanding untuk jawatan yang sama satu masa dahulu dengan mantan Presiden UMNO yang sanggup berhadapan dengan pertandingan jawatan no 1 di dalam UMNO itu.

Adakah Presiden AAB memerlukan masa untuk menyembunyikan sesuatu? Mungkinkah cubaan Presiden AAB untuk menangguhkan Pemilihan tersebut adalah disebabkan beliau ingin menyembunyikan sesuatu? Jika benar, lupakan saja kerana tindakan itu seolah-olah “menyorokkan gumpalan kertas di bawah karpet” lambat laun orang akan tahu jua.

Sekiranya Presiden AAB berani menghadapi Pemilihan Agung UMNO dalam tempoh yang telah ditetapkan mungkin kita boleh beri sedikit pujian kepadanya kerana mungkin dia berani kerana benar, tetapi jika sebaliknya sudah tentu dia salah.

Penulis tetap dengan pendirian penulis, Pemilihan Agung UMNO hendaklah dibuat mengikut seperti mana yang telah dijadualkan dan tidak perlu di tangguh-tangguh lagi. Berapa kali nak ditangguh, selepas tangguh terus tangguh kemudian diteruskan dengan penangguhan. Perlu ingat UMNO bukan parti tangguh menangguh.

Sedikit Nasihat Kepada Ahli UMNO akar umbi!

Suarakan bantahan anda mengenai penangguhan Pemilihan Agung UMNO Kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi agar mereka dapat mengekalkan Pemilihan Agung UMNO sepertimana yang telah dijadualkan menerusi SMS terus kepada nombor-nombor Telefon Bimbit mereka:

012-3083000
012-2888899
012-3072151
012-7169559
012-2777111
019-2010000
019-6844444
019-5115005
019-7000007
019-5788888
019-4545111
0197000007

Hantarkan bantahan kepada mana-mana nombor yang anda suka, sekiranya mampu hantar kepada semua sekali. Beranikan Diri Anda untuk bersuara walaupun kita bukan NGO tetapi Perjuangan Kita Masih Belum Selesai. Selamat Berjuang, Berjuanglah selagi hidup!

Reblog this post [with Zemanta]

Ku Li Tetap Lawan Presiden AAB

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada September 22, 2008 oleh yiemega

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia
Dipetik dari:
Diberitakan sekali lagi calon Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi menegaskan dia tetap akan bertanding jawatan Presiden pada Pemilihan Agung UMNO yang bakal mendatang. Nampaknya, keberanian Tengku Razaleigh atau Ku Li sememangnya wajar dipuji.

Tambahan pula Presiden AAB masih dengan pendirianya hanya akan melakukan “Peralihan Kuasa” pada Jun 2010 kelak. Memang ini masa terbaik ahli-ahli UMNO di akar umbi membuat pertimbangan yang sewajarnya demi menyelamatkan UMNO.

Apa yang penulis dapat lihat daripada Kerabat Diraja Kelantan ini yang juga diberi gelaran “Putera Raja Berjiwa Rakyat” ini ialah kenyataanya sentiasa konsisten dan tidak berubah-berubah tidak seperti Presiden AAB yang selalu membuat kenyataan yang berubah-ubah berhubung sesuatu isu atau turut di panggil “Flip-Flop” .

Ku Li memang terkenal dengan sikapnya yang tegas dalam menangani sesuatu isu, beliau juga ada semangat perjuangan Melayu yang kental bagi membela bangsanya. Selain itu, kepakaran ekonomi yang ada padanya juga merupakan satu kelebihan untuk memulihkan ekonomi yang terjejas ekoran krisis dua syarikat Amerika iaitu AIG dan Lehman Brothers yang kini sedang ditimpa masalah.

Cara beliau berinteraksi dengan rakyat juga dapat menambat hati penulis dan ia menjadikan penulis kagum. Walaupun beliau adalah “Putera Raja” namun perkara tersebut tidak menjadikan Ku Li sebagai orang yang sombong. Kemesraanya dengan rakyat jelas terasa di dalam majlis-majlis Ku Li yang pernah penulis hadiri. Sifatnya yang sentiasa tersenyum membuatkan ia benar-benar pemimpin berjiwa rakyat walaupun sebenarnya adalah seorang putera raja.

Mungkin juga pada masa ini Ku Li merupakan satu-satunya ‘bot penyelamat‘ yang dapat menyelamatkan anak-anak kapal UMNO daripada mati kelemasan. Mungkin tidak keterlaluan kalau penulis katakan yang dengan adanya semangat yang ditunjukkan oleh Ku Li ia akan memberikan sejuta RAHMAT buat UMNO.

Reblog this post [with Zemanta]

Ku Li Paling Layak Realisasikan Hasrat Tengku Mahkota Pahang Tengku Razaleigh Hamzah

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada September 14, 2008 oleh yiemega

Dipetik dari:

http://penyokong-kuli.blogspot.com/

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia Petikan Laporan Utusan Online:

Tengku Abdullah mahu UMNO kukuh institusi raja sebagai pelindung Melayu

11/09/2008 12:57pm

KUANTAN 11 Sept – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.

“Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak,” titah baginda dalam satu wawancara eksklusif dengan Khabar Pahang, akhbar rasmi kerajaan negeri Pahang.

Tengku Abdullah bertitah imuniti raja-raja, yang suatu ketika dulu telah dihapuskan secara tidak langsung, telah meletakkan institusi berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan.

Namun, baginda berharap, semua pihak harus sedar dan memahami bahawa institusi raja-raja Melayu telah memainkan peranan berkesan dalam arus pembangunan negara selama ini.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa ketika tokoh-tokoh kepimpinan negara berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, wakil raja-raja Melayu turut menyertainya termasuk dalam rundingan yang diadakan di London.

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” titah baginda. – {http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0911&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_04.htm&arc=hive}


Petikan daripada laporan akhbar di atas adalah apa yang dititahkan oleh Tengku Mahkota Pahang tersebut. UMNO sebagai satu organisasi politik yang dilahirkan di dalam istana, maka ia menjadi kewajipan UMNO untuk memelihara institusi diraja yang semakin hari semakin terhakis kuasanya.

Titah Tengku Abdullah itu hendaklah tidak dipandang ringan khususnya bagi ahli-ahli UMNO kerana mempertahankan hak-hak raja-raja Melayu adalah menjadi perjuangan khusus bagi UMNO berdasarkan ianya sebuah parti yang dilahirkan di tempat yang sinonim dengan raja-raja iaitu istana.

Dalam keadaan sekarang ini, bagi memperkuatkan dan memperkukuhkan institusi diraja memerlukan orang yang berpengalaman dan mahir dalam institusi diraja ini. Ketika ini pada pandangan penulis orang yang paling layak diberikan tempat bagi membela kedudukan raja-raja Melayu adalah Tengku Razaleigh berdasarkan ia berketurunan diraja dan tambahan pula sudah lama kita tidak dirajui oleh Perdana Menteri yang berdarah raja selepas Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dalam keadaan politik negara yang tidak menentu sebaik-baiknya kita perlu mempunyai pemimpin yang berdarah raja kerana ia akan sedikit banyak membantu mengurangkan kegusaran politik yang pada waktu ini melanda tanah air.

Tambahan pula beberapa insiden yang berlaku sebelum ini seolah-olah mengambarkan kuasa raja-raja Melayu sudah mula dipersoalkan bermula dengan insiden perlantikkan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu, diikuti pula dengan insiden Karpal Singh yang mempersoalkan titah Sultan Perak yang seakan-akan Raja-Raja Melayu sudah mula berani dicabar oleh golongan-golongan tertentu.

Bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan Institusi Diraja ini memang wajarlah tugas ini diberikan kepada Tengku Razaleigh dan apa salahnya kita beri peluang kepada negarawan ini berkhidmat kepada rakyat sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhirnya.

Mati di lautan wang atau Mati di lautan keimanan, yang mana satu pilihan hati?

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada September 13, 2008 oleh yiemega

Dipetik dari:

http://penyokong-kuli.blogspot.com/

“Mati di lautan wang atau Mati di lautan Keimanan yang mana satu pilihan hati” menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Sebagaimana yang kita tahu kehidupan dunia ini hanyalah pinjaman, dan sudah menjadi lumrah setiap pinjaman itu ada bayaranya. Di dalam konteks kehidupan, pinjaman tidak dapat dibayar dengan dengan not-not kertas bewarna yang dikenali dengan nama wang ringgit. Keimanan dan Ketaqwaan merupakan salah satu cara untuk membayar pinjaman untuk kehidupan di dunia yang sementara ini.

Namun, dewasa ini kita melihat manusia tidak berusaha untuk mengejar keimanan dan ketaqwaan tetapi sebaliknya berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia, dengan tamak haloba serta rakus menghimpunkan not-not kertas berwarna yang digelar ‘wang ringgit’. Pendek kata pada zaman ini, manusia yang mempunyai jumlah yang banyak kertas-kertas berwarna yang digelar wang ringgit akan mudah berkuasa dan yang tidak mempunyainya bakal dipijak dan dibuang bagaikan sampah di tapak perlupusan sampah.

Begitulah senario pada hari ini, demi wang ringgit manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuklah perkara yang bertentangan dengan syara’ contohnya rasuah. Ada orang yang mahu mempertahankan ‘kuasanya’ sanggup menghabiskan berbakul-bakul kertas-kertas bewarna yang digelar wang ringgit. Manusia yang lemah pula dan kurang dari segi jumlah kertas-kertas bewarna bergelar wang ringgit itu akan mudah terpedaya dan menjadi anjing belaan si kaya yang mempunyai berjuta-juta keping kertas-kertas bewarna bergelar wang ringgit.

Dalam keadaan ‘kiamat sudah dekat‘ dewasa ini, manusia masih tidak sedar malah terus alpha terulek lena di atas lambakan kertas-kertas bewarna bergelar ‘Wang Ringgit’. Semakin hari, manusia semakin lalai, not-not bewarna dan bergelar ‘wang ringgit’ inilah yang membawa kepada manusia banyak perubah pada masa kini.

Fahamilah para pembaca, ada dua jalan yang boleh kita pilih, jalan pertama menuju ke arah kehancuran di akhirat dan jalan kedua menuju ke arah kecermelangan di akhirat. Memang betul mencari rezeki adalah dituntut oleh agama Islam, namun kita juga tidak boleh lupa tentang kehidupan yang kekal di akhirat kelak. Keseimbangan kedua-dua perkara inilah yang membawa kita kepada kejayaan dan kecermelangan di akhirat.

Jika anda memilih untuk mati di lautan wang ringgit mungkin itu hak anda, tetapi sekiranya lautan wang itu kita perolehi daripada sumber-sumber yang haram, tidak di dunia, hukuman di akhirat pasti kita akan terima kerana sesungguhnya azab neraka Allah tuhan seru sekian alam amatlah pedih.

Adalah lebih baik kita mati di lautan keimanan dan ketaqwaan di samping mencari sedikit rezeki yang halal di atas muka bumi ini yang dipinjamkan oleh Allah tuhan seru sekian alam, dan pinjaman itu kita akan bayar dengan keimanan, ketaqwaan, ibadat ke hadrat yang MAHA KUASA kerana daripadaNYA kita datang kepadaNYA kita pergi. Fikirkanlah Allah tuhan seru sekian tidak menjadikan manusia berakal untuk tidak berfikir.

Jika Sayangkan Bangsa Kita Sendiri !

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada September 11, 2008 oleh yiemega

Dipetik dari:

http://penyokong-kuli.blogspot.com/

Jika sayangkan bangsa Sendiri” menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini kerana penulis mendapati dewasa ini bangsa kita sudah tidak sayang bangsanya sendiri. Penulis bukan bercakap atas dasar perkauman dan juga cuba ‘menegakkan benang yang basah’ tetapi sebagai seorang yang sayang bangsa sendiri yang pernah dipijak suatu masa dulu membuatkan penulis merasa bertanggungjawab untuk membicarakan “Jika sayangkan bangsa sendiri“.

Jika sayangkan bangsa sendiri” satu ungkapan yang mudah diungkap tetapi sukar dilaksanakan bukan kerana bangsa lain tetapi kerana bangsa kita sendiri. Tanya pada diri anda “Adakah anda sayang bangsa sendiri” Jika ya “Apakah tindakan anda membuktikan anda sayangkan bangsa sendiri?”.

“Jika sayangkan bangsa sendiri, kita hendalah membela bangsa kita sendiri bukanya menghukum bangsa kita sendiri dan janganlah memijak bangsa kita sendiri dek kerana bangsa lain”

yiemega
Penulis Blog PTRH

Tindakan yang dikenakan Oleh UMNO terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana kenyataanya yang dimanipulasi oleh media yang membawa kepada beliau dituduh “Perkauman” dan kemudianya atas ARAHAN PRESIDEN AAB bukanlah satu tindakan yang bijak, dan tindakan ini boleh diumpamakan seperti menzalimi bangsa sendiri atau dengan kata lain bangsa yang memijak bangsanya sendiri demi kuasa.

Sepertimana kenyataan penulis yang disenarai merah sepertimana di atas, jika sayangkan bangsa sendiri kita hendaklah membela bangsa kita sendiri dan janganlah memijak bangsa kita sendiri dek kerana bangsa lain kerana tanpa bangsa kita, kita tidak lahir sebagai bangsa Melayu pada hari ini, Kita tak menjadi Perdana Menteri seperti hari ini, Kita tidak berjaya keluar dari kepompong kemiskinan seperti hari ini, kita tidak berjaya menguasai walaupun sekelumit di dalam bidang ekonomi seperti hari ini.

Satu kezaliman terhadap bangsa kita sendiri, kita boleh ibaratkanya umpama ‘tali barut‘ yang menjadi penjajah di zaman pra merdeka dahulu. Melayu di era Presiden AAB memang begitu kalut, tambahan pula Presiden AAB yang menanungi Parti Melayu ’sangat lemah’ dari segi kepimpinanya sehingga sanggup menggadai nasib bangsanya sendiri dek kerana keakrabanya dengan LKY Singapura.

Banyak perkara di zaman kepimpinanya hak bangsa Melayu telah hilang, hak negara juga turut hilang sehingga Pulau Batu Putih dapat ditakluk oleh Singapura, apa yang tinggal hanyalah sisa-sisa batu karang untuk kita.

Berapa lama lagi, kita hendak membiarkan bangsa kita dipijak oleh bangsa kita sendiri yang bernama Presiden AAB ini, kalau orang satu negeri beliau boleh zalimi inikan pula kita orang yang berlainan negeri.

Kini tiba masanya “Jika kita sayangkan bangsa sendiri” bertindaklah dengan rasional dengan membuang bangsa kita sendiri yang sanggup memijak bangsanya sendiri demi kuasa. Beranikah diri, tambahkan momentum, padukan suara ubahlah pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Buktikanlah anda sayangkan bangsa anda sendiri. Rapatkan sah, satukan tiga kumpulan gapailah kejayaan.

Ingat “Jika hari ini bangsa kita Perdana Menteri, Mungkin Pada Masa Depan Bangsa Kita Bukan Perdana Menteri, Jika hari ini bangsa kita ada kekuatan politik, Mungkin pada masa depan bangsa kita tiada lagi kekuatan politik” Fikirkanlah dengan menggunakan akal yang waras kurniaan Allah tuhan seru sekian alam. Beranilah berubah!.

Jatuh Bangun Semula

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada September 10, 2008 oleh yiemega
Dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

“Jatuh Bangun Semula” dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini, ungkapan ini walaupun ianya sekadar tiga perkataan namun perananya tetap besar terhadap seorang yang melalui liku-liku untuk menggapai kejayaan di puncak kegemilangan. Semangat ini sebenarnya telah ditunjukkan oleh Allah tuhan seru sekian alam terhadap umatnya melalui semangat kanak-kanak yang baru belajar bertatih. Sepertimana kita maklum, “setiap benda yang berlaku di atas muka bumi ini sudah tentu ada hikmahnya” kerana Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Cuba kita lihat betapa semangatnya ‘kanak-kanak yang baru belajar bertatih untuk mencapai kejayaan iaitu ‘boleh berjalan’ walaupun ia terjatuh tetapi ia bangun semula untuk meneruskan kejayaanya sebagai kanak-kanak yang boleh berjalan tanpa bantuan ‘alat bantu berjalan’.

Begitulah semangat ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak yang belajar bertatih. Kita sebagai dewasa hendaklah mencotohi kanak-kanak tersebut. Namun, artikel penulis kali ini bukanlah bermaksud untuk bercerita mengenai ‘usaha kanak-kanak bertatih’ tetapi lebih kepada senario politik pada masakini sesuai dengan desas-desus Pakatan Dua Negarawan ulung dan seorang pemimpin iaitu Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh fan Tan Sri Muhyidin Yasin.

Sebagai ahli politik yang pernah berkhidmat di dalam beberapa era pemerintahan, sudah tentu Tengku Razaleigh a.k.a Ku Li telah banyak belajar tentang ‘asam garam, pasang surut, timbul tenggelam politik’. Sebagai orang yang pernah ‘jatuh’ satu ketika dulu menjadikan beliau ‘dewasa’ dengan sepak terajang politik. Boleh dikatakan dia telah bangun semula dari jatuh.

Sebagai orang yang begitu arif dengan ekonomi, ia mencerahkan peluang Ku Li untuk memenangi Jawatan Presiden UMNO yang ditandinginya pada tahun ini. Tambahan pula, ia didokong oleh tiga kelompok besar UMNO iaitu Kelompok Timur, Kelompok Selatan dan Kelompok Utara.

‘Jatuh Bangun Semula’ itulah yang penulis boleh ungkapkan kepada Ku Li pada kali ini walaupun Pak Lah cuba melindungi jawatan itu dengan ‘tata etika UMNO 2008′ walaupun dia sendiri yang mengikarinya. Namun, bak kata orang Ku Li tetap meneruskan usahanya ‘Patah sayap, paruh dia tongkatkan’. Lagipun kata-kata keramat yang sentiasa dipegang oleh pejuang-pejuang Melayu iaitu “Pantang Melayu Berundur Sebelum Beradu” benar-benar mengibarkan semangatnya yang bekobar-kobar itu.

Penulis berharap agar perjuangan Ku Li tersebut mendapat perhatian ahli UMNO, semangat “Berani Berubah’ hendaklah ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO. Laungan-laungan ‘Perubahan’ hendaklah berada di setiap hati sanubari seorang manusia yang bergelar ahli UMNO akar umbi ataupun Marhaen.

Akhir kalam, “Allah tuhan seru sekian alam tidak mengubah nasib sesuatu bangsa, melainkan bangsa itu yang mengubahnya”. Biarkan diri anda berani untuk berubah demi masa depan UMNO yang gemilang bukanya temberang.

Satu Tiang Perjuangan UMNO sudah tumbang semasa era Pak Lah

Dikirim dalam Isu Semasa dengan label , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , pada September 10, 2008 oleh yiemega

dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Sepertimana yang kita tahu, kenyataan Ketua UMNO Bukit Bendera iaitu Datuk Ahmad Ismail yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan beliau difitnah sebagai ‘Racist’ oleh bangsa lain yang membawa kepada tindakan penggantungan beliau selama tiga tahun ialah merupakan satu kezaliman yang telah dibuat terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu.

Para pembaca yang budiman, sekiranya anda semua masih ingat ‘tiang-tiang perjuangan’ asal UMNO yang dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Mesyuarat Agung Khas UMNO Gua Musang beberapa bulan yang lalu. Terdapat tiga tiang perjuangan UMNO apabila ia diringkaskan menjadi ‘Alif, Ba, Ta’.

Tidak perlu penulis jelaskan mengenai Alif dan Ta kerana penulis telah jelaskan dalam beberapa artikel penulis sebelum ini, kali ini penulis lebih berminat untuk bercerita mengenai tiang perjuangan UMNO yang dinamakan ‘Ba’ atau dengan lebih tepat lagi Bangsa Melayu.

Mempertahankan hak bangsa Melayu merupakan salah satu tujuan UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 di Istana Johor. Sebagai salah sebuah parti yang mewakili suara-suara orang Melayu memang sepatutnya ia mempertahankan orang Melayu.

Namun, sepertimana kata Iklan sebuah akhbar di televisyen “Zaman sudah berubah, dunia sudah maju” tiang BA yang menjadi salah satu tiang perjuangan UMNO sudah patah. Ini berikutan dengan tindakan penggantungan Ketua UMNO Bukit Bendera yang sememangnya bangsa Melayu selalu tiga tahun kerana pucuk pimpinan UMNO ketika ini sudah menjadi ‘boneka‘ bangsa lain.

Dengan tindakan itu, jelas sekali UMNO tidak lagi mempertahankan nasib bangsa Melayu tetapi mengutamakan bangsa lain. Penulis berpendapat perkara ini terjadi kerana ‘kelemahan pucuk pimpinan UMNO’ dan pada masa yang sama penulis merasakan bagi mengelakkan permasalahan ini menjadi semakin runcing. Penulis juga menggesa agar Pemilihan Agung UMNO dipercepatkan.

KEGAGALAN MKT UMNO MEMBINCANGKAN KEMASUKKAN SEMULA TUN DR. MAHATHIR

Sepertimana yang kita maklum mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO telah menyatakan kesediaanya untuk bersama dengan UMNO, namun perkara itu tidak dibincangkan oleh MKT UMNO kerana sepertimana yang saya kata UMNO sekarang lebih mementingkan bangsa lain.

Pernah anda ingat, bagaimana bekas Ketua Pemuda PKR yang ingin menyertai semula UMNO beberapa bulan yang lalu, kemasukkan beliau boleh diibaratkan umpama dihamparkan ‘karpet merah’ oleh Presiden AAB. Satu Mesyuarat MKT Khas diadakan untuk membincangkan kemasukkan beliau yang pernah bergelar ‘Pengkhianat UMNO‘ tetapi apabila orang yang banyak jasanya kepada UMNO mahu kembali kepangkuan UMNO ia seolah-olah diberi layanan yang ‘dingin’ oleh Presiden AAB boleh dikatakan ’seperti Pak Lah melepaskan batuk ditangga sahaja’

Orang yang pernah memaki hamun UMNO diberi layanan seperti bidadari di syurga, tetapi orang yang pernah berjasa kepada UMNO diberi layanan seperti ‘pengemis jalanan’, jelas sekali pada masa ini Presiden AAB lebih mementingkan kedudukan berbanding ‘perjuangan’ UMNO.

Pemimpin seperti inilah perlu dibuang segera kerana ia bakal membuatkan UMNO rebah di pintu neraka. Ahli-ahli UMNO hendaklah membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi menjamin UMNO terus relevan. Beranilah Berubah (meminjam cogankata Datuk Mukhriz) dan Fikir-Fikirkanlah.